Laporan Aktiviti INTERGROUP 2022
stjohn.phe@smjk.edu.my September 10th, 2022
Laporan Aktiviti St. John Ambulans 2022
INTERGROUP 2022
Tarikh: 10.09.2022 (Sabtu)
Masa: 8.00a.m. – 5.00p.m.
Tempat: Dewan Kuliah 1 SMJK Heng Ee
Peserta: Ahli- ahli St. John Ambulans Tingkatan 2 dan 3
Objektif:
- Mengasuh dan melatih ahli-ahli baharu dalam bidang berkawad kaki dan pertolongan cemas
- Memupuk nilai kerjasama dan disiplin dalam kalangan ahli-ahli
- Mencari bakat ahli-ahli baharu untuk menyertai pertandingan di luar sekolah
Kandungan:
Pasukan St. John Ambulans merakamkan setinggi- setinggi penghargaan kepada pentadbiran sekolah yang memberi sokongan padu dan nasihat kepada kami untuk melicinkan perjalanan kem tersebut. Ahli yang terlibat dalam program tersebut telah menunjukkan semangat yang berkobar-kobar semasa program tersebut dijalankan. Kem tersebut berjalan dengan lancer mengikuti jadual yang disediakan (rujuk Lampiran 1). Gambar tentang aktiviti yang dijalankan pada kem tersebut turut dilampirkan (rujuk Lampiran 2). Kami turut ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada komiti kem tersebut yang membantu dalam sepanjang proses persediaan ini.
Penambahbaikan:
- Mengadakan aktiviti tersebut dengan lebih terancang supaya aktiviti dapat dijalankan tanpa halangan.
- Menyediakan lebih banyak masa untuk ahli-ahli berlatih dalam bidang berkawad kaki dan pertolongan cemas.
- Mendorong ahli-ahli untuk menjadi lebih aktif dalam melibatkan diri dalam program St. John Ambulans.
Lampiran 1
Jadual Intergroup 2022
10/09/2022 (Sabtu)
Masa | Aktiviti |
8.00- 8.30a.m. | Pendaftaran |
8.30- 9.00a.m. | Majlis perasmian |
9.30- 10.15a.m. | Pemeriksaan seragam |
10.30- 11.30a.m. | Ujian teori secara bertulis |
12.00- 12.50p.m. | Makan tengahari |
1.10- 4.00p.m. | Ujian kawad kaki dan pertolongan cemas |
4.00- 4.45p.m. | Majlis penutup dan penyampaian hadiah |
5.00p.m. | Bersurai |
- Comments(0)