Laporan Aktiviti Kem Motivasi 2022

June 11th, 2022

LAPORAN AKTIVITI ST. JOHN AMBULANS 2022

KEM MOTIVASI 2022

Tarikh: 10.6.2022 (Jumaat) dan 11.6.2022 (Sabtu)

Masa: 7.30a.m. – 5.00p.m.

Tempat: Dewan Kuliah 1, SMJK Heng Ee

Peserta: Ahli-ahli St. John Ambulans

 

Objektif:

  1. Memupuk Kerjasama antara ahli
  2. Menyediakan ahli-ahli untuk ujian lencana.

Kandungan:

Pasukan St. John Ambulans merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pentadbir sekolah yang memberi sokongan padu dan nasihat kepada kami untuk melicinkan perjalanan kem tersebut. Ahli yang terlibat dalam program tersebut telah menunjukkan semangat yang berkobar-kobar semasa program tersebut dijalankan. Kem tersebut berjalan dengan lancer mengikuti jadual yang disediakan (rujuk Lampiran 1). Gambar tentang aktiviti yang dijalankan pada program tersebut turut dilampirkan (rujuk Lampiran 2). Kami turut ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli Kedet Remaja Sekolah yang membantu kami dalam kursus ikatan tali.

 

Penambahbaikan:

  1. Mengadakan aktiviti tersebut dengan lebih terancang supaya tidak kelam kabut.
  2. Ahli-ahli perlu lebih aktif melibatkan diri dalam program St. John Ambulans

Lampiran 1

Jadual Kem Motivasi 2022

10/06/2022 (Jumaat)

Masa Aktiviti
7.30am – 8.00am Pendaftaran
8.00am – 9.00am Majlis Perasmian
9.00am – 10.00am Ice Breaking
10.00am – 12.00pm Sesi perkongsian KRS & Pertandingan Pembinaan Gadjet
12.00pm – 1.00pm Makan tengah hari
1.00pm – 1.30pm Penyediaan Permainan Stesen
1.30pm – 4.00pm Permainan Stesen
4.15pm – 5.00pm Taklimat berkaitan dengan kursus hari kedua

 

11/06/2022 (Sabtu)

Masa Aktiviti
7.30am – 8.00am Pendaftaran
8.00am – 9.00am Pengajaran First Aid (Transportation)
9.00am – 12.00pm Kursus “Casualty Simulation”
12.00pm – 1.00pm Makan tengah hari
1.00pm – 3.00pm Kursus “Casualty Simulation”
3.00pm – 4.00pm Perbincangan dalam kumpulan untuk permainan detektif
4.00pm – 4.30pm Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
4.30pm – 5.00pm Penyembahan Slaid

 

 

 

  • Comments(0)

Comments are closed.