Laporan Aktiviti Kem Motivasi 2015/2016

June 10th, 2016

LAPORAN AKTIVITI ST.JOHN AMBULANS 2015

Kem Motivasi 2015

Tarikh    : 8 Jun 2015 (Rabu)

Masa      : 7.30pagi hingga 4.30petang

Tempat  : Dewan Kuliah 1,SMJK Heng Ee,Pulau Pinang   

Peserta  : Ahli pasukan St John Ambulans

Objektif :

a)melatih semangat bekerjasama antara ahli-ahli.

b)memupuk minat ahli-ahli terhadap memasak.

c)memperkenalkan latihan fizikal,kawad kaki dan pertolongan cermas.

Kandungan:

Pasukan St John Ambulans merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbir sekolah yang memberi sokongan padu dan nasihat kepada kami untuk melicinkan perjalanan kem tersebut.  Ahli yang terlibat dalam kem tersebut telah menunjukkan kesungguhan semasa menyertai aktiviti yang dirancangkan. Hubungan yang erat dan kerjasama antara ahli jelas kelihatan apabila mereka berusaha untuk menjayakan aktiviti yang disertai oleh mereka secara berpasukan. Aktiviti berjalan dengan lancar mengikut jadual yang disediakan (rujuk Lampiran 1). Antara aktiviti yang berlangsung adalah Masakan , Teori Masakan,Latihan Fizikal,permainan stesyen (rujuk Lampiran 2).

 

Penambahbaikan :

  1. a) aktiviti masakan perlu diperbanyakkan.
  2. b) menggalakkan lebih banyak ahli untuk melibatkan diri dalam kem tersebut.
  3. c) menjalankan lebih banyak aktiviti yang berkaitan dengan bekerjasama untuk melatih semangat bekerjasama antara ahli-ahli.

 

 

Lampiran1

Jadual Kem Motivasi Tahun 2015

Masa Aktiviti
0730-0800 Pendaftaran
0800-0830 Pembukaan majlis
0830-0900 Persediaan masakan
0900-1000 Teori masakan
1000-1300 Masakan
1300-1330 Makan
1330-1400 Persembahan slaid
1400-1500 Latihan fizikal,kawad kaki dan pertolongan cermas
1500-1545 Permainan stesyen
1545-1630 Majlis penyampaian dan majlis penutupan
  • Comments(0)

Comments are closed.